
SEPANYOL merangkul gelaran Piala Eropah edisi ke-13 selepas menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir Euro 2008 di Stadium Ernts Happel, Vienna pagi ini.
Gol tunggal menerusi Fernando Torres pada minit ke-13 memadai buat Sepanyol untuk menamatkan kemarau 44 tahun tanpa gelaran utama negara itu di peringkat antarabangsa.
Euro 2008 adalah gelaran kedua Sepanyol di peringkat Eropah selepas kali terakhir menjuarai Piala Eropah pada 1964.
Torres menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-33 selepas memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan Jerman, Philipp Lahm.
Sekalipun hanya mampu menjaringkan satu gol, Sepanyol wajar memenangi perlawanan itu selepas lebih banyak mencipta peluang berbanding Jerman.
Berdasarkan statistik Uefa, Sepanyol membuat 12 percubaan berbanding Jerman hanya tiga percubaan.
Posted June 30th, 2008 by admin This entry was posted on Monday, June 30th, 2008 at 6:52 am and is filed under Final Euro 2008, Laporan, EURO 2008. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.












Leave a Reply