PENJAGA gol Sepanyol, Iker Casillas mengharungi antara musim terbaik sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.
Kecuali kegagalan di peringkat Liga Juara Eropah (berjaya ditebus dengan gelaran Piala Eropah), Casillas turut menjadi watak penting di sebalik kejayaan kelabnya, Real Madrid meraih juara Liga Sepanyol pertengahan bulan lalu.
Bagaimanapun detik ketika menjulang trofi ‘Henry Delaunay’ selepas pasukannya menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir Euro 2008 adalah saat paling tidak dilupakannya.
Selaku ketua pasukan Casillas diberi penghormatan menerima trofi berkenaan daripada Presiden Uefa, Michael Platini dan menjulang piala kebanggaan itu di tengah sorakan para penonton Stadium Ernst Happel di Vienna, Asutria.
Secara simboliknya Sepanyol tewas kepada Perancis dalam perlawanan akhir Euro 1984 di mana Platini adalah ketua pasukan skuad Les Blues waktu itu.
Maka bolehlah dianggap, Platini seolah-olah ‘menyerah kembali’ trofi yang ‘dirampas’ daripada skuad Sepanyol 24 tahun lampau.
Sepanjang kejohanan hampir sebulan itu, Casillas tidak disangkal telah menampilkan persembahan berkualiti sesuai dengan statusnya sebagai ketua pasukan dan penjaga gawang nombor satu negara dan kelabnya.
Saat terhebat Casillas pada kejohanan ini ialah ketika menyelamatkan dua sepakan penalti pemain Itali sewaktu penentuan perlawanan suku akhir selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan sebenar.
Kerana ketangkasannya, Sepanyol terus mara dan mampu menjuarai kejohanan kali ini.
Posted June 30th, 2008 by admin This entry was posted on Monday, June 30th, 2008 at 12:46 pm and is filed under Final Euro 2008, Laporan, EURO 2008. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.












Leave a Reply