Jerman atau Sepanyol?

Final Euro 2008: Jerman atau Sepanyol?

KEBIJAKSANAAN pemain tengah akan menjadi penentu pasukan mana yang bakal menjulang gelaran Euro 2008.

Demikian ramalan peminat tempatan terhadap perlawanan akhir Euro 2008 awal pagi esok yang bakal menemukan Jerman dan Sepanyol.

Dengan perkembangan terbaru kapten Jerman, Michael Ballack yang mengalami kecederaan, pemain yang menjadi tumpuan sudah pasti terarah kepada kelibat bintang tengah kreatif Sepanyol, Cesc Fabregas. Read the rest of this entry »

Posted June 29th, 2008 by admin No Comments »



Separuh akhir 2: Rusia lawan Sepanyol (Stadium Ernst Happel - 2.45 pagi)

SEJARAH menyaksikan skuad kebangsaan Sepanyol tidak begitu menyerlah dalam kejohanan utama bola sepak antarabangsa namun kali ini pentas Euro 2008 adalah medan terbaik untuk mereka menghapuskan terus badi itu.

Manakala pengendali Rusia, Guus Hiddink dikenali sebagai jurulatih yang mampu mencipta kejutan bersama pasukan kerdil.

Namun, berbeza dengan Luis Aragones apabila jurulatih Sepanyol itu dilihat mempunyai tugas yang lebih mencabar apabila anak didiknya turun berdepan Rusia pada aksi separuh akhir awal pagi nanti. Read the rest of this entry »

Posted June 27th, 2008 by admin No Comments »



TURKI boleh berbangga dengan semangat juang dan tidak mudah mengaku kalah yang ditunjukkan dalam kejohanan Euro 2008 ini.

Jerman pula berbekal pengalaman luas di peringkat antarabangsa di samping barisan pemain yang lebih berkualiti.

Pasukan manakah menjadi pilihan apabila mereka bertemu dalam perlawanan separuh akhir di Basel, Switzerland, pagi ini (2.45 pagi Khamis waktu Malaysia)? Read the rest of this entry »

Posted June 26th, 2008 by admin No Comments »



Separuh akhir 1: Jerman lawan Turki (St Jakob Park - 2.45 pagi)

MASALAH kecederaan dan penggantungan mungkin akan menghadirkan kemusnahan terhadap skuad Turki tetapi mereka masih ada peluang 50-50 untuk menewaskan Jerman, pagi esok pada separuh akhir di Basel.

“Jerman adalah pasukan pilihan tetapi kami ada pasukan yang bagus dan jika kami terus bermain seperti yang kami lakukan sebelum ini, kami pasti mampu melakukan kejutan,” kata pemain tengah Hamit Altintop.

“Kami tidak risau mengenai kecederaan dan penggantungan. Kami memiliki pemain yang bagus yang akan memberikan persembahan terbaik dan biar saya katakan dengan jujur, apabila anda berada di separuh akhir sudah tentu anda mahu bermain di final. Saya rasa peluangnya 50-50.” Read the rest of this entry »

Posted June 25th, 2008 by admin No Comments »



Sepanyol lawan Itali (2.45 pagi)

ITALI melangkah ke suku akhir Euro 2008 bertemu Sepanyol awal pagi nanti dengan reputasi sebagai pasukan bukan pilihan berdasarkan prestasi pasukan itu di peringkat kumpulan.

Sepanyol pula dilihat mahu mengekalkan rekod tanpa kalah kepada 20 perlawanan, setelah memenangi semua perlawanan di peringkat kumpulan.

Prestasi kedua-dua pasukan tersebut begitu berbeza dalam persaingan Euro 2008. Read the rest of this entry »

Posted June 22nd, 2008 by admin No Comments »



PENGGEMPUR kembar, Fernando Torres dan David Villa kembali mengetuai barisan serangan Sepanyol selepas direhatkan dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Greece.

Barisan simpanan yang diketuai Andres Iniesta dan Daniel Guiza masih mampu melakar kemenangan 2-1 dalam perlawanan berkenaan, namun terlebih dahulu ketinggalan sebelum Guiza menyumbat gol kemenangan dua minit sebelum perlawanan berakhir.

Sepanyol akan berdepan halangan getir di peringkat suku akhir apabila dijadualkan bertemu juara dunia, Itali, di Stadium Ernst Happel, awal pagi esok. Read the rest of this entry »

Posted June 22nd, 2008 by admin No Comments »



Pertemuan dua jurulatih hebat senegara hangatkan saingan Euro

BELANDA mungkin mengungguli saingan peringkat kumpulan, namun Russia jelas tidak jauh ketinggalan dengan kemenangan bergaya mereka ke atas Sweden dan kedua-dua pasukan itu kini bakal bertemu di Basel, awal pagi nanti bagi menentukan siapa yang layak ke separuh akhir Euro 2008.

Seminggu lalu, Belanda dilihat tidak berdepan sebarang masalah untuk mara ke kelompok empat pasukan terakhir dan sekalipun kekal bergelar pilihan, kejayaan 2-0 Russia ke atas Sweden di Innsbruck, Rabu lalu mengubah tanggapan ramai terhadap pasukan berkenaan. Read the rest of this entry »

Posted June 22nd, 2008 by admin No Comments »



Rusia tidak gentar kehebatan Belanda

TANGGAPAN peminat Euro ketika ini adalah, sesiapa saja yang dijadual berdepan dengan pasukan Belanda pada saingan suku akhir, pasti akan dianggap sebagai kambing yang sudah sedia untuk dikorbankan.

Namun jurulatih Russia, Guus Hiddink yang mempunyai pengalaman dan rekod yang hebat, beranggapan sebaliknya.

“Andai sesebuah pasukan membuktikan ia mampu bermain bola sepak dengan baik, maka anda tidak perlu takut berdepan dengannya.” kata Hiddink, merujuk kepada kemampuan Russia menjinakkan Sweden 2-0 pada Rabu lalu. Read the rest of this entry »

Posted June 22nd, 2008 by admin No Comments »



Pandangan Zainal Jamari

DI ATAS kertas, Croatia mungkin kelihatan sebagai pasukan pilihan tetapi usah ketepikan semangat juang Turki.

Croatia memenangi kesemua tiga perlawanan mereka dalam Kumpulan B, termasuk kemenangan mengejut ke atas pasukan pilihan awal, Jerman 2-1.

Dan mereka menempah tempat ke suku akhir lebih awal, selepas memenangi kedua-dua perlawanan pertama, merehatkan sembilan pemain utama tetapi masih mampu mengatasi Poland 1-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan. Read the rest of this entry »

Posted June 20th, 2008 by admin No Comments »



Niko Kranjcar, Croatia

APAKAH strategi yang boleh membantu Croatia mengatasi Turki dalam peringkat suku akhir hari ini?Kalau ditanya pemain penyerang Croatia, Niko Kranjcar, jawapannya ialah pasukannya harus menguasai persaingan di bahagian midfield.

“Kami harus membuat hantaran sebanyak mungkin dan menguasai ruang midfield jika kami mahu mengatasi cabaran Turki,” jelas Kranjcar.

“Kejayaan kami muncul sebagai johan kumpulan memberikan kami semacam keyakinan untuk meneruskan langkah kemenangan ke peringkat separuh akhir. Read the rest of this entry »

Posted June 20th, 2008 by admin No Comments »


page counter