SEPANYOL tentunya bergembira kerana berjaya merangkul kembali Piala Eropah atau Euro 2008 selepas 44 tahun kempunan gelaran berkenaan.

Sebaliknya bagi Jerman, yang gagal meneruskan tradisi hebat mereka di pentas bola sepak peringkat antarabangsa dengan rekod gah tiga kejuaraan Eropah dan tiga gelaran Piala Dunia. Read the rest of this entry »

Posted June 30th, 2008 by admin 1 Comment »



PENJAGA gol Sepanyol, Iker Casillas mengharungi antara musim terbaik sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.

Kecuali kegagalan di peringkat Liga Juara Eropah (berjaya ditebus dengan gelaran Piala Eropah), Casillas turut menjadi watak penting di sebalik kejayaan kelabnya, Real Madrid meraih juara Liga Sepanyol pertengahan bulan lalu.

Bagaimanapun detik ketika menjulang trofi ‘Henry Delaunay’ selepas pasukannya menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir Euro 2008 adalah saat paling tidak dilupakannya. Read the rest of this entry »

Posted June 30th, 2008 by admin No Comments »



SEPANYOL bukan sahaja bergelar juara Euro 2008, malah meraih beberapa gelaran lain bagi melengkapkan pencapaian hebatnya pada kejohanan kali ini.

Selain gelaran utama merangkul trofi Henry Delaunay, Sepanyol juga meraih kejayaan menerusi pencapaian individu pemainnya.

Penyerang, Fernando Torres muncul pemain terbaik perlawanan akhir (Man of The Match) hasil gol kemenangan menewaskan Jerman. Read the rest of this entry »

Posted June 30th, 2008 by admin No Comments »



SEPANYOL muncul pasukan kedua selepas Perancis yang berjaya merangkul gelaran Piala Eropah dengan memenangi kesemua perlawanan.

Bagaimanapun rekod dicatatkan Sepanyol lebih hebat kerana ia dilakukan bukan di gelanggang sendiri.

Perancis menjadi tuan rumah ketika memenangi gelaran Euro 1984 dengan rekod kemenangan 100 peratus hasil reputasi hebat penyerang berbisanya, Michael Platini (Presiden Uefa sekarang). Read the rest of this entry »

Posted June 30th, 2008 by admin No Comments »



PENYERANG Liverpool, Fernando Torres membalas kepercayaan jurulatihnya, Luis Aragones apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan akhir Euro 2008 bagi membolehkan Sepanyol menewaskan Jerman 1-0.

Selepas mempersia-siakan banyak peluang jaringan pada perlawanan separuh akhir menentang Rusia, Torres akhirnya berjaya membuktikan status hebatnya menerusi gol kemenangan Sepanyol pada minit ke-33. Read the rest of this entry »

Posted June 30th, 2008 by admin No Comments »



SEPANYOL merangkul gelaran Piala Eropah edisi ke-13 selepas menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir Euro 2008 di Stadium Ernts Happel, Vienna pagi ini.

Gol tunggal menerusi Fernando Torres pada minit ke-13 memadai buat Sepanyol untuk menamatkan kemarau 44 tahun tanpa gelaran utama negara itu di peringkat antarabangsa. Read the rest of this entry »

Posted June 30th, 2008 by admin No Comments »



SEBAGAIMANA mereka memulakan kempen Euro 2008 dengan tewas kepada Sepanyol, begitu jugalah nasib dialami skuad Rusia apabila menutup saingan Euro 2008 sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan pasukan bimbingan Luis Aragones.

Begitupun Rusia memberikan saingat sengit sejak wisel permulaan sebelum tunduk 3-0 kepada skuad berbakat Sepanyol dalam saingan separuh akhir kedua di Vienna, Austria.

Babak pertama bermula baik apabila kedua-dua pasukan sering berbalas serangan. Rusia lebih banyak menguasai perlawanan namun tiada sebarang gol dapat dihasilkan. Read the rest of this entry »

Posted June 27th, 2008 by admin No Comments »



Rusia 0 Sepanyol 3

SEPANYOL melangkah ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun bola sepak Piala Eropah (Euro) selepas menundukkan Rusia 3-0 dalam aksi separuh akhir kedua di Vienna, pagi ini.

Tiga gol pada babak kedua menerusi Xavi Hernandez, Daniel Guiza dan David Silva memastikan tiket ke perlawanan buat skuad bimbingan Luiz Aragones itu yang sering terkandas awal dalam kejohanan utama sebelum ini. Read the rest of this entry »

Posted June 27th, 2008 by admin 2 Comments »



RIBUT kuat yang melanda ibu negara Austria, Vienna telah mengakibatkan siaran langsung perlawanan separuh akhir membabitkan Jerman dan Turki awal pagi tadi mengalami gangguan.

Kejadian yang berlaku di zon Euro 2008 itu menyebabkan sebahagian besar perlawanan babak kedua tidak dapat dilihat oleh mereka yang menyaksikannya menerusi kaca televisyen termasuk di benua Eropah.

Perlawanan separuh akhir Jerman dan Turki berlangsung di Basel, Switzerland, tetapi kejadian angin kencang di Vienna telah mengakibatkan peralatan teknikal untuk siaran langsung berkenaan rosak teruk. Read the rest of this entry »

Posted June 26th, 2008 by admin No Comments »



Jerman 3 Turki 2

JERMAN melangkah ke perlawanan akhir Euro 2008 selepas menundukkan Turki 3-2 dalam perlawanan separuh akhir yang sengit di Basel, awal pagi ini.

Jaringan minit akhir perlawanan menerusi Philip Lahm menamatkan sisa-sisa perjuangan Turki yang turun beraksi dalam perlawanan berkenaan dengan keadaan agak tempang selepas sebahagian besar pemain utamanya sama ada digantung perlawanan atau mengalami kecederaan.

Bagaimanapun Turki masih mampu memberikan ancaman berbahaya kepada kubu Jerman dengan asakan bertubi-tubi khususnya pada babak pertama. Read the rest of this entry »

Posted June 26th, 2008 by admin 7 Comments »


page counter