JURULATIH Sepanyol, Luis Aragones memberitahu, kemenangan 1-0 ke atas Jerman pada perlawanan akhir Euro 2008 semalam adalah permulaan bagi skuad mudanya itu mencipta kejayaan pada Piala Dunia.
“Ramai orang melihat pasukan Sepanyol ini sebagai satu model bagaimana bola sepak sepatutnya dimainkan,” kata Aragones semalam.
“Saya selalu fikir bahawa jika saya mampu membawa pasukan ini dengan baik, maka kami akan jadi juara kerana kami memiliki ramai pemain berkualiti. Read the rest of this entry »
Posted July 1st, 2008
by admin
SELEPAS merangkul gelaran juara Euro 2008, skuad Sepanyol mendapat satu lagi anugerah apabila pemain tengahnya, Xavi Hernandez dipilih sebagai pemain terbaik Euro 2008.
Pada kempen tersebut, pemain berusia 28 tahun itu beraksi lima daripada enam perlawanan yang diharungi Sepanyol sebelum merangkul kejuaraan semalam.
Pemilihan Xavi sebagai pemain terbaik Euro 2008 telah diputuskan panel Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang terdiri daripada sembilan bekas jurulatih berpengalaman sepanjang tiga minggu kejohanan ini berlangsung. Read the rest of this entry »
Posted July 1st, 2008
by admin

SEPANYOL tentunya bergembira kerana berjaya merangkul kembali Piala Eropah atau Euro 2008 selepas 44 tahun kempunan gelaran berkenaan.
Sebaliknya bagi Jerman, yang gagal meneruskan tradisi hebat mereka di pentas bola sepak peringkat antarabangsa dengan rekod gah tiga kejuaraan Eropah dan tiga gelaran Piala Dunia. Read the rest of this entry »
Posted June 30th, 2008
by admin
PENJAGA gol Sepanyol, Iker Casillas mengharungi antara musim terbaik sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.
Kecuali kegagalan di peringkat Liga Juara Eropah (berjaya ditebus dengan gelaran Piala Eropah), Casillas turut menjadi watak penting di sebalik kejayaan kelabnya, Real Madrid meraih juara Liga Sepanyol pertengahan bulan lalu.
Bagaimanapun detik ketika menjulang trofi ‘Henry Delaunay’ selepas pasukannya menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir Euro 2008 adalah saat paling tidak dilupakannya. Read the rest of this entry »
Posted June 30th, 2008
by admin
SEPANYOL bukan sahaja bergelar juara Euro 2008, malah meraih beberapa gelaran lain bagi melengkapkan pencapaian hebatnya pada kejohanan kali ini.
Selain gelaran utama merangkul trofi Henry Delaunay, Sepanyol juga meraih kejayaan menerusi pencapaian individu pemainnya.
Penyerang, Fernando Torres muncul pemain terbaik perlawanan akhir (Man of The Match) hasil gol kemenangan menewaskan Jerman. Read the rest of this entry »
Posted June 30th, 2008
by admin
SEPANYOL muncul pasukan kedua selepas Perancis yang berjaya merangkul gelaran Piala Eropah dengan memenangi kesemua perlawanan.
Bagaimanapun rekod dicatatkan Sepanyol lebih hebat kerana ia dilakukan bukan di gelanggang sendiri.
Perancis menjadi tuan rumah ketika memenangi gelaran Euro 1984 dengan rekod kemenangan 100 peratus hasil reputasi hebat penyerang berbisanya, Michael Platini (Presiden Uefa sekarang). Read the rest of this entry »
Posted June 30th, 2008
by admin

PENYERANG Liverpool, Fernando Torres membalas kepercayaan jurulatihnya, Luis Aragones apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan akhir Euro 2008 bagi membolehkan Sepanyol menewaskan Jerman 1-0.
Selepas mempersia-siakan banyak peluang jaringan pada perlawanan separuh akhir menentang Rusia, Torres akhirnya berjaya membuktikan status hebatnya menerusi gol kemenangan Sepanyol pada minit ke-33. Read the rest of this entry »
Posted June 30th, 2008
by admin

SEPANYOL merangkul gelaran Piala Eropah edisi ke-13 selepas menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir Euro 2008 di Stadium Ernts Happel, Vienna pagi ini.
Gol tunggal menerusi Fernando Torres pada minit ke-13 memadai buat Sepanyol untuk menamatkan kemarau 44 tahun tanpa gelaran utama negara itu di peringkat antarabangsa. Read the rest of this entry »
Posted June 30th, 2008
by admin

Final Euro 2008: Jerman atau Sepanyol?
KEBIJAKSANAAN pemain tengah akan menjadi penentu pasukan mana yang bakal menjulang gelaran Euro 2008.
Demikian ramalan peminat tempatan terhadap perlawanan akhir Euro 2008 awal pagi esok yang bakal menemukan Jerman dan Sepanyol.
Dengan perkembangan terbaru kapten Jerman, Michael Ballack yang mengalami kecederaan, pemain yang menjadi tumpuan sudah pasti terarah kepada kelibat bintang tengah kreatif Sepanyol, Cesc Fabregas. Read the rest of this entry »
Posted June 29th, 2008
by admin
SEPANYOL tidak merasakan ketiadaan ayam tambatan mereka, David Villa di jentera serangan akibat kecederaan, akan menghalang pasukan itu meraih gelaran pertama sejak 44 tahun apabila menentang Jerman pada final kejohanan Euro 2008.
Pemain tengah, Xabi Alonso kelmarin berkata, Sepanyol mempunyai ramai lagi pemain berbakat di bangku simpanan dan ketiadaan Villa - yang menjadi penjaring terbanyak kejuaraan dengan empat gol - tidak akan menjejaskan peluang pasukan.
“Saya tidak fikir ia boleh mencetuskan masalah besar kepada kami,” kata Alonso yang dimasukkan di separuh masa kedua dalam perlawanan yang menyaksikan Sepanyol menewaskan Russia 3-0 dalam saingan separuh akhir Khamis lalu. Read the rest of this entry »
Posted June 29th, 2008
by admin