BINTANG Euro 2008 Sepanyol, David Silva yang menampilkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan Piala Eropah bulan lalu menjadi buruan kelab Liga Perdana England, Liverpool.
Pengurus Liverpool yang juga warga Sepanyol, Rafael Benited dilaporkan bersedia membuat rekod pembelian termahal kelab berkenaan dalam misi membawa Silva ke Anfield.
Menurut laporan media, rancangan asal Benitez ialah membawa masuk rakan senegara Silva yang juga penjaring terbanyak Euro 2008, David Villa. Read the rest of this entry »
Posted July 11th, 2008
by admin
JURULATIH Sepanyol, Luis Aragones memberitahu, kemenangan 1-0 ke atas Jerman pada perlawanan akhir Euro 2008 semalam adalah permulaan bagi skuad mudanya itu mencipta kejayaan pada Piala Dunia.
“Ramai orang melihat pasukan Sepanyol ini sebagai satu model bagaimana bola sepak sepatutnya dimainkan,” kata Aragones semalam.
“Saya selalu fikir bahawa jika saya mampu membawa pasukan ini dengan baik, maka kami akan jadi juara kerana kami memiliki ramai pemain berkualiti. Read the rest of this entry »
Posted July 1st, 2008
by admin
SELEPAS merangkul gelaran juara Euro 2008, skuad Sepanyol mendapat satu lagi anugerah apabila pemain tengahnya, Xavi Hernandez dipilih sebagai pemain terbaik Euro 2008.
Pada kempen tersebut, pemain berusia 28 tahun itu beraksi lima daripada enam perlawanan yang diharungi Sepanyol sebelum merangkul kejuaraan semalam.
Pemilihan Xavi sebagai pemain terbaik Euro 2008 telah diputuskan panel Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang terdiri daripada sembilan bekas jurulatih berpengalaman sepanjang tiga minggu kejohanan ini berlangsung. Read the rest of this entry »
Posted July 1st, 2008
by admin