
SEPANYOL tentunya bergembira kerana berjaya merangkul kembali Piala Eropah atau Euro 2008 selepas 44 tahun kempunan gelaran berkenaan.
Sebaliknya bagi Jerman, yang gagal meneruskan tradisi hebat mereka di pentas bola sepak peringkat antarabangsa dengan rekod gah tiga kejuaraan Eropah dan tiga gelaran Piala Dunia. Read the rest of this entry »
Posted June 30th, 2008
by admin
PENJAGA gol Sepanyol, Iker Casillas mengharungi antara musim terbaik sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.
Kecuali kegagalan di peringkat Liga Juara Eropah (berjaya ditebus dengan gelaran Piala Eropah), Casillas turut menjadi watak penting di sebalik kejayaan kelabnya, Real Madrid meraih juara Liga Sepanyol pertengahan bulan lalu.
Bagaimanapun detik ketika menjulang trofi ‘Henry Delaunay’ selepas pasukannya menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir Euro 2008 adalah saat paling tidak dilupakannya. Read the rest of this entry »
Posted June 30th, 2008
by admin
SEPANYOL bukan sahaja bergelar juara Euro 2008, malah meraih beberapa gelaran lain bagi melengkapkan pencapaian hebatnya pada kejohanan kali ini.
Selain gelaran utama merangkul trofi Henry Delaunay, Sepanyol juga meraih kejayaan menerusi pencapaian individu pemainnya.
Penyerang, Fernando Torres muncul pemain terbaik perlawanan akhir (Man of The Match) hasil gol kemenangan menewaskan Jerman. Read the rest of this entry »
Posted June 30th, 2008
by admin
SEPANYOL muncul pasukan kedua selepas Perancis yang berjaya merangkul gelaran Piala Eropah dengan memenangi kesemua perlawanan.
Bagaimanapun rekod dicatatkan Sepanyol lebih hebat kerana ia dilakukan bukan di gelanggang sendiri.
Perancis menjadi tuan rumah ketika memenangi gelaran Euro 1984 dengan rekod kemenangan 100 peratus hasil reputasi hebat penyerang berbisanya, Michael Platini (Presiden Uefa sekarang). Read the rest of this entry »
Posted June 30th, 2008
by admin

PENYERANG Liverpool, Fernando Torres membalas kepercayaan jurulatihnya, Luis Aragones apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan akhir Euro 2008 bagi membolehkan Sepanyol menewaskan Jerman 1-0.
Selepas mempersia-siakan banyak peluang jaringan pada perlawanan separuh akhir menentang Rusia, Torres akhirnya berjaya membuktikan status hebatnya menerusi gol kemenangan Sepanyol pada minit ke-33. Read the rest of this entry »
Posted June 30th, 2008
by admin

SEPANYOL merangkul gelaran Piala Eropah edisi ke-13 selepas menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir Euro 2008 di Stadium Ernts Happel, Vienna pagi ini.
Gol tunggal menerusi Fernando Torres pada minit ke-13 memadai buat Sepanyol untuk menamatkan kemarau 44 tahun tanpa gelaran utama negara itu di peringkat antarabangsa. Read the rest of this entry »
Posted June 30th, 2008
by admin

Final Euro 2008: Jerman atau Sepanyol?
KEBIJAKSANAAN pemain tengah akan menjadi penentu pasukan mana yang bakal menjulang gelaran Euro 2008.
Demikian ramalan peminat tempatan terhadap perlawanan akhir Euro 2008 awal pagi esok yang bakal menemukan Jerman dan Sepanyol.
Dengan perkembangan terbaru kapten Jerman, Michael Ballack yang mengalami kecederaan, pemain yang menjadi tumpuan sudah pasti terarah kepada kelibat bintang tengah kreatif Sepanyol, Cesc Fabregas. Read the rest of this entry »
Posted June 29th, 2008
by admin
SEPANYOL tidak merasakan ketiadaan ayam tambatan mereka, David Villa di jentera serangan akibat kecederaan, akan menghalang pasukan itu meraih gelaran pertama sejak 44 tahun apabila menentang Jerman pada final kejohanan Euro 2008.
Pemain tengah, Xabi Alonso kelmarin berkata, Sepanyol mempunyai ramai lagi pemain berbakat di bangku simpanan dan ketiadaan Villa - yang menjadi penjaring terbanyak kejuaraan dengan empat gol - tidak akan menjejaskan peluang pasukan.
“Saya tidak fikir ia boleh mencetuskan masalah besar kepada kami,” kata Alonso yang dimasukkan di separuh masa kedua dalam perlawanan yang menyaksikan Sepanyol menewaskan Russia 3-0 dalam saingan separuh akhir Khamis lalu. Read the rest of this entry »
Posted June 29th, 2008
by admin
PEMAIN pertahanan Jerman, Christoph Metzelder pasti akan berasa lega walau apapun keputusan final Euro 2008, kerana dia akhirnya mampu mencukur jambangnya.
Metzelder berkata sebelum bermulanya kejohanan, dia menanam azam tidak akan bercukur selagi Jerman masih terbabit dengan kejohanan.
“Jambang ini akan hilang selepas perlawanan akhir, walau apapun keputusannya. Kejohanan berakhir Ahad ini dan akhirnya saya akan bercukur,” katanya. Read the rest of this entry »
Posted June 29th, 2008
by admin
PEMAIN tengah Sepanyol, Marcos Senna adalah salah seorang daripada beberapa pemain kelahiran Brazil beraksi di Kejohanan Eropah, dan dia tidak terkejut dengan aksi cemerlang mereka di kejohanan itu di Austria dan Switzerland.
“Brazil adalah negara nombor satu dalam bola sepak. Semua orang dilahirkan dengan bola sepak, jadi terdapat banyak bakat dan juga ramai pemain bola sepak,” kata Senna.
Senna memainkan peranan penting membantu Sepanyol mara ke perlawanan akhir Euro 2008 Khamis lalu, dengan mematahkan beberapa serangan Russia dan juga membantu bahagian serangan ketika menewaskan Russia 3-0 di Stadium Ernst Happel. Read the rest of this entry »
Posted June 29th, 2008
by admin