
Sepanyol juara Euro 2008 tewaskan Jerman 1-0 pada aksi final
SEPANYOL merangkul gelaran Piala Eropah @ Euro 2008 edisi ke-13 selepas menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir Euro 2008 di Stadium Ernts Happel, Vienna pagi ini.
Gol tunggal menerusi Fernando Torres pada minit ke-13 memadai buat Sepanyol untuk menamatkan kemarau 44 tahun tanpa gelaran utama negara itu di peringkat antarabangsa.
Euro 2008 adalah gelaran kedua Sepanyol di peringkat Eropah selepas kali terakhir menjuarai Piala Eropah pada 1964.
Torres menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-33 selepas memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan Jerman, Philipp Lahm.
Sekalipun hanya mampu menjaringkan satu gol, Sepanyol wajar memenangi perlawanan itu selepas lebih banyak mencipta peluang berbanding Jerman.
Berdasarkan statistik Uefa, Sepanyol membuat 12 percubaan berbanding Jerman hanya tiga percubaan.
Final Euro 2008: Sepanyol takluk Eropah
SEPANYOL menamatkan penantian 44 tahun untuk muncul juara Piala Eropah apabila menewaskan Jerman 1-0 menerusi gol tunggal Fernando Torres dalam perlawanan akhir Euro 2008 di Stadium Ernts Happel, Vienna pagi ini.
Torres yang digantikan dengan Daniel Guiza pada minit ke-78 menyumbat gol kemenangan Sepanyol pada minit ke-33 selepas menerima hantaran Xavi Hernandez dari kawasan tengah.
Final Euro 2008: Torres wira Sepanyol
PENYERANG Liverpool, Fernando Torres membalas kepercayaan jurulatihnya, Luis Aragones apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan akhir Euro 2008 bagi membolehkan Sepanyol menewaskan Jerman 1-0.
Selepas mempersia-siakan banyak peluang jaringan pada perlawanan separuh akhir menentang Rusia, Torres akhirnya berjaya membuktikan status hebatnya menerusi gol kemenangan Sepanyol pada minit ke-33.
Euro 2008: Pencapaian hebat Sepanyol
SEPANYOL muncul pasukan kedua selepas Perancis yang berjaya merangkul gelaran Piala Eropah dengan memenangi kesemua perlawanan.
Bagaimanapun rekod dicatatkan Sepanyol lebih hebat kerana ia dilakukan bukan di gelanggang sendiri.
Final Euro 2008: Kejayaan berganda Sepanyol
SEPANYOL bukan sahaja bergelar juara Euro 2008, malah meraih beberapa gelaran lain bagi melengkapkan pencapaian hebatnya pada kejohanan kali ini.
Selain gelaran utama merangkul trofi Henry Delaunay, Sepanyol juga meraih kejayaan menerusi pencapaian individu pemainnya.
Euro 2008: Musim terbaik Casillas
PENJAGA gol Sepanyol, Iker Casillas mengharungi antara musim terbaik sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.
Kecuali kegagalan di peringkat Liga Juara Eropah (berjaya ditebus dengan gelaran Piala Eropah), Casillas turut menjadi watak penting di sebalik kejayaan kelabnya, Real Madrid meraih juara Liga Sepanyol pertengahan bulan lalu.
Suka duka perlawanan akhir Euro 2008
SEPANYOL tentunya bergembira kerana berjaya merangkul kembali Piala Eropah atau Euro 2008 selepas 44 tahun kempunan gelaran berkenaan.
Sebaliknya bagi Jerman, yang gagal meneruskan tradisi hebat mereka di pentas bola sepak peringkat antarabangsa dengan rekod gah tiga kejuaraan Eropah dan tiga gelaran Piala Dunia.
Xavi Hernandez dipilih Pemain Terbaik Euro 2008
SELEPAS merangkul gelaran juara Euro 2008, skuad Sepanyol mendapat satu lagi anugerah apabila pemain tengahnya, Xavi Hernandez dipilih sebagai pemain terbaik Euro 2008.
Pada kempen tersebut, pemain berusia 28 tahun itu beraksi lima daripada enam perlawanan yang diharungi Sepanyol sebelum merangkul kejuaraan.
Sepanyol mahu rangkul Piala Dunia pula
JURULATIH Sepanyol, Luis Aragones memberitahu, kemenangan 1-0 ke atas Jerman pada perlawanan akhir Euro 2008 semalam adalah permulaan bagi skuad mudanya itu mencipta kejayaan pada Piala Dunia.
“Ramai orang melihat pasukan Sepanyol ini sebagai satu model bagaimana bola sepak sepatutnya dimainkan,” kata Aragones.
Posted June 7th, 2008 by admin











